Tudung Labuh Online Koleksi Terkini

Tampil kemas dan sopan dengan fesyen tudung labuh yang kemas dan cantik. Didatangkan dalam pelbagai pilihan warna dan rekaan. Berawning Berdagu Dan Bidang 60 . Selesa Dipakai Dan Tahan Lama KLIK SINI Untuk Maklumat Lanjut...


TEMPAHAN & PERTANYAAN
WHATSAPP DAN SMS

MAZNI AZMI 019 265 3791

Tuesday 3 May 2016

// // 3 comments

Tutorial Cara Pakai Tudung Bawal Labuh

Tutorial Cara Pakai Tudung Bawal Labuh

Assalamu'alaikum Wrmbth, Banyak sungguh fesyen terbaru sekarang ni. Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan.


Tudung bawal labuh juga tidak terkecuali, walaupun macam macam koleksi sudah ada di pasaran.. Sama sama kita pilih yang labuh menutup aurat.



Hari ini kita nak kongsikan tutorial mudah untuk cara memakai selendang labuh.



Minggu ini, kami membawakan anda gaya gaya memakai tudung bawal labuh dengan hanya menukar satu langkah. 

Keutamaan kami pada gaya-gaya ini semestinya kerana
  1. Menutup aurat & dan menutupi bahagian depan dan belakang secukupnya
  2.  Mudah dipakai dan kelihatan kemas.


Untuk tutorial hari ini, anda memerlukan tudung bawal labuh segi empat sama. 

Mana mana tudung bawal labuh sesuai untuk di gayakan dengan tutorial ini. 

Namun untuk kelihatan kemas dan cantik, kami cadangkan supaya pilihlah tudung bawal labuh dengan kain beralun dan mudah untuk digayakan seperti tudung muslimah bidang 60 ini

Cara Pakai Tudung Bawal Labuh No 1 Labuh Depan Belakang


Langkah 1: Bentukkan tudung bawal labuh seperti bentuk dalam rajah bernombor 1

Jika cik puan ikut langkah ini dengan betul, kebarangkalian untuk berjaya pada percubaan pertama adalah tinggi.

Langkah 2: Letakkan bahagian kain yang dilipat  dan pastikan ia di pakai di bahagian dahi

Pastikan ianya simetri kiri dan kanan ya.

Kemudian sepit kedua-dua hujung bersama di bawah dagu anda dengan kerongsang kecil. 

Panjang bahagian kanan sepatutnya sama dengan sebelah kiri.

Langkah 3: Jatuhkan bucu tudung bahagian kiri ke belakang badan

Langkah 4: Ambil bucu tudung bahagian kanan dan letakkan di bahu kiri. Pinkan


Langkah 5: Tarik kain tudung dari bahagian belakang kiri badan, dan letakkan bucu ke telinga sebelah kiri. 

Ambil satu pin lurus dan sematkan tudung di bahagian atas kepala dengan cermat.

Pastikan anda selesa sebelum menyematkan pin terakhir.

Siap. Sekarang anda telah berjaya memakai tudung bawal labuh depan dan belakang.

Ada banyak lagi cara pakai tudung bawal labuh yang lain. Boleh cuba di bawah

Cara Pakai Tudung Bawal Labuh No 2




2 Cara Memakai Shawl Labuh


Jika anda ada juga sedang mencari tutorial shawl labuh. Boleh cuba kaeah dibawah
  1. Shawl labuh dengan awning
  2. Dan selendang panjang atau bidang besar tanpa awning
Sama sama kita belajar cara melilit yang betul ya, supaya kemas dan anggun


Ok, kita mulakan dengan tutorial shawl labuh berawning


tutorial memakai selendang labuh cantik

Tips Memakai Selendang Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna

  1. Apabila memakai selendang, pemakainya mestilah berasa selesa atau bebas dan tidak terikat kerana terlalu ketat
  2. Pastikan semasa memakai shawl, lapisan dalam hendaklah menutupi paras dada kerana apabila sudah selesai memakainya, is tidak kelihatan jarang kerana berkeadaan dua lapis

Tutorial Menggayakan Selendang Panjang Awning


  • 1. Pastikan saiz selendang selesa dan labuh menutupi paras dada
  • 2. Lepaskan bahagian belakang selendang
  • 3. Pinkan bahagian A menutupi dada


  • 4. Bawa bahagian B ke atas kepala
  • 5. Pinkan selendang mengikut keselesaan masing masing
  • 6. Kemaskan  supaya tersusun rapi
  • 7. Bahagian B di gayakan di atas kawasan awning yang keras, Shawl nampak tetap dan kemas

langkah demi langkah pakai selendang

  • 8. Pinkan di bahagian awning selendang labuh
  • 9. Gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan dan depakan tangan ke atas dan ke bawah untuk memastikan keselesaan berpanjangan
  • 10. Pinkan ke bahagian bahu. Gunakan kerongsang yang lebih besar untuk menetapkan kedudukan selendang labuh

shawl labuh chiffon kaktus
Siap sudah pemakaian selendang berawning.

Macam mana? Senang saja kan. Perlukan latihan, awal awal mungkin kekok

Berikan sedikit masa dan insyaallah akan mahir dengan segera.

Ok, tutorial kedua, selendang tanpa awning. 

Ada perbezaan ke pada cara memakainya?

Memang ada tapi tak banyaklah.

Tutorial Shawl Labuh Tanpa Awning


  • 1. Keselesaan masih menjadi keutamaan kepada pemakai. Pilih saiz selendang yang sesuai dengan ketinggian sehingga labuh melindungi paras dada
  • 2. Lepaskan bahagian belakang shawl
  • 3. Pinkan bahagian A sehingga menutupi dada
selendang plain panjang
  • 4. Bawa bahagian B ke atas kepala
  • 5. Kemaskan dan dan pinkan mengikut keselesaan masing masing
shawl labuh plain cantik
  • 6. Longgarkan bahagian C. Tarik bahagian C ke belakang hingga kemas. Pinkan serkup dalam selendang
  • 7. Gunakan kerongsang yang lebih besar untuk menetapkan kedudukan shawl
awning tudung lembut
  • 9. Kemasan terakhir, pinkan dan kemaskan bahagian selendang yang berkumpul di bahu kanan dan kiri
kemaskan tudung dengan pin


Ok, gambar di bawah ni ulang kaji pakai selendang berbeza.
contoh tutorial tudung korean silk

contoh tutorial tudung korean silk

awning memudahkan kerja

kemas dan sopan selendang wide

Tamat sudah tutorial yang mudah ini, yang bestnya boleh gantikan dengan fesyen selendang berbeza dengan cara pakai yang sama.

Selamat mencuba. Sekiranya tuan puan berminat menempah dan membeli selendang labuh dan tudung berkualiti


SMS WHATSAPP Mazni di 0192653791

Kami menyediakan tudung labuh online plain & Bercorak yang 100% menutup aurat.

Sesuai untuk digayakan bersama busana muslimah seperti jubah abaya dan baju kurung

1. TUDUNG LABUH KOSHIBO DAISI


tudung labuh koshibo daisi


2. TUDUNG LABUH SAFFRON 07





STOK TERHAD. DAPATKAN SEKARANG!




3. TUDUNG LABUH ALEENA

Bahan: Fine Twilled Polyester



=============================

4. TUDUNG LABUH ONLINE HELWA



STOK TERHAD. DAPATKAN SEKARANG!
=============================


5. TUDUNG LABUH CANTIK GLITZ

Bahan: Glitter Polyester
3 Saiz. S / M & L




6. TUDUNG LABUH ONLINE NUR AFIFAH

Bahan: Plain Jacquard
3 Saiz. S / M / L




7. TUDUNG LABUH GLITZ NUANCE



8. TUDUNG LABUH NUR IMAANY

TUDUNG LABUH NUR IMAANY


8. TUDUNG LABUH SAFFRON 08

 

STOK TERHAD. DAPATKAN SEKARANG!
TAIP: 3HELAI

Dan

SMS & Whatsap 019 2653791 Sekarang!!



Read More
Mazni Azmi